dah lama sangat xupdate blog ni. dah berhabuk sangat dah. nasib baik aku xda sakit asma, kalo x mau nak kena 2 3 pam... (fab?)
aku ada sebut yang aku blaja kat UMT kan. hm, skang ni da genap 2 sem aku kat sini. walaupun memula dulu pernah rasa macam xsuke duk kat sini tapi sekarang pikiran aku da berubah. banyak perkara yang wat aku rasa suke dan aman bila duk kat UMT ni. antaranya; kawan-kawan yang aku jumpe, aktiviti yang aku sertai, kelab yang aku masuk dan paling xleh nak lupa amalan wajib makan maggi sup kat warung kak fatimah tepi pantai sana nun.
nama-nama yang aku memang xleh lupa; ayu, yaya, fab, kinah, rubini, meena, rekha, yek, g-dol, ali, ikram dan along. dorang ni kawan-kawan aku kat UMT dan harapnya selama-lamanyalah. masa mula-mula jumpa dulu kami masing-masing agak pemalu tapi bila da lama kenal amik ko, pangai ngalahkan budak-budak (aku terkecuali yer) sesorang tu. kitorang salu wat keja secara berjamaah gitu. lepak sesama, dalam kelas tido sesama, kalo ada asainment rajin copy n paste sesama, paling bez kami sambut besday sesama. agak-agak macam hepi famili tak... bila aku berada jauh drpada keluarga dan kawan-kawan yang dulu pastu jumpa kawan-kawan baru kat sini aku rasa gembira sangat. perasaan bila aku tahu aku dihargai dorang, disayangi dan diperlukan wat aku ras cukup. aku harap aku boleh buat yang sma untuk korang. pasti. xlupa jugak pada senior-senior yang banyak membantu aku, headchef, kak anis, kak bel, kak mel, ida n sebagainya...terimakasih banyak sebab sudi layan aku.
semasa aku kat UMT ni jugakla aku rasa aku dapat menyelami diri aku dengan lebih baik. aku dapat rasakan yang aku lebih berkeyakinan bercakap dengan mikrofon, depan orang ramai, susunan arahan bahasa inggelish yang lebih mantap dan kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai. orang xtahu yang aku ni sebenarnya pemalu. entahla, kawan-kawan aku salu cakap aku ni xtau malu penye orang tapi sesekali daripada banyak kali, aku leh jadi pemalu yang amat. nak tegur orang aku xkesah tapi kalu jumpe seseorang yan aku belum kenal, nak senyum pun aku xpandai. aku cuba bukan aku xcuba tapi mulut aku nampak herot, senyum ketat kawan sekolah aku cakap. daripada nak senyum tetiba leh jadi nak cari gaduh. nak jadi cerita, aku join kelab debat UMT yakni kelab DEMI.
aku join masa sem1 lagi tapi sebab terlampau segan dengan senior dan junior yang pandai berdebat tu aku larikan diri. memula memang semangat nak join berkobar-kobar, lepas aku kena public speaking sekali rasa da cuak. walaupun malam tu aku da makan malam, tetiba ja rasa macam xnah makan pape. tapi Wani is the best leader one could hope for, very compromising. hehe, dia ajak aku join Novice and PNC. wow! memang aku terpikat ah kat dunia debat.
sesekali bila dah stress dan high blood pressure, aku akan ajak kawan-kawan g lepak kat tepi pantai. UMT ni memang indah sungguh aku cakap, rugi sapa yang tak belajar sini (ayat promote) de. petang-petang bawak-bawak ler ke pantai, memang soothening giler ah (kecuali bila da terpandang kegiatan menjolok mata) jiwa tenang je, hati senang. kalu ada junior yang baru masuk t yang leh wat geng, aku akan syorkan die supaya die cuba maggi sup kak fatimah yang satu ni. memang top ah. kalah alsafa punya, sesilap mcfly pun bankrupt. tapi kak fati rendah diri jer orangnya, kedai die xkomersial lagi. macam tu pun, orang datang kedai die xputus tau. memang terbaik dari ladang.
hepi hepi hepi. semuanya saat-saat manis yang aku nak ingat. yang aku nak bawa balik bersama ke rumah aku. aku simpan elok-elok dalam lipatan memori aku yang volatile nih. pegang erat xmau lupa... aku skang dalam minggu final exam. semua orang study bagai nak rak, pulun...bilik karel pon disapu habis sampai xbersisa. bila sesorang kat meja study ditemani laptop ni susah la sikit kalu nak fokus tu. memang suasana yang jiwang menguasai alam, menerjah masuk ke minda sempit, buat aku sesak nafas je. so aku tulis buwat ubat tenangkan jiwa, sambil membasuh hati yang calar balar luka dengan memori manis. walau sedikit pedih tapi yang ini aku xkan lupa.
selamat tinggal sem 2, sem 3 kita ka bersama lagi. terimakasih kawan-kawan, jangan lupa belajar untuk masa depan. sekian, akhir rasa ini. bye bye korang!